Unit talian hidup senggaraan aset TNB Transmission 132kV/275kV/500kV

khas untuk ahli unit talian hidup yang sentiasa berkorban untuk TNB dan negara




UNIT TALIAN HIDUP adalah pasukan yang melakukan sengaraan menara voltan tinggi penghantaran secara Talian Hidup – 500/275/132kV. yang kini beribu pejabat di crystal plaza petaling jaya
Mula operasi pada 1999 di Aset Maintenance Department, Transmission Division.
Melakukan senggaraan menara di semua 11 Regional/Branch centers
Kekuatan pasukan :
  • Mempunyai 4 pasukan. (A ,B ,C ,D TEAM)
  • 4 jurutera
  • 4 juruteknik tingkatan kanan.
  • 4 juruteknik
  • 48 linesmen (pemasang talian)
  • Memberi tumpuan kepada talian – talian yang sukar di henti tugas (outages).
  • melakukan kerja – kerja senggaraan yang perlu tindakan segera, tanpa melibatkan hentitugas
  • Melakukan senggaraan menara 500kV, 275kV and 132kV dengan kaedah talian hidup.
  • mempunyai peralatan berkualiti, kaedah kerja yang selamat dan PPE
  • Unit Talian hidup mengurangakan henti tugas kepada talian – talian penghantaran.
  • Semua kaedah kerja bersistem dan teratur .
  • Keselamatan adalah faktor utama di dalam Talian Hidup
  • Kesemua linesman adalah terlatih dan mempunyai sijil kecekapan berkerja.
  • Juga melakukan pemasangan menara kecemasan pada talian penghantaraan ( ERS )
  • Cara alternative untuk mengelakan terlalu banyak henti tugas

    Antara senggaraan yang dilakukan unit talian hidup :
  • Menukar penebat menara gantungan dan tegangan 132/275/500kV.
  • Menukar palang kayu menara gantungan 132/275kV
  • Menukar pepasangan/accessories menara, ( dampers & spacers ).
  • Menggurangkan kesan titik panas ( Repair hotspot)
  • Tower top inspection (TTI).
Dua kaedah yang di gunakan (methods) untuk kerja – kerja senggaraan talian hidup:
1. Barehand method2. Hot-stick method

1) Kaedah kerja menggunakan bare methtod
  • Digunakan untuk menukar penebat di semua jenis menara 500kV & hanya digunakan untuk menukar penebat menara tegangan 275/132kV
  • Linesmen perlu memakai baju kondutif dan kelengkapannya.
  • Linesman akan “bonding” masuk ke konduktor (direct contact with energized component conductor).
Antara senggaraan menara yang menggunakan kaedah “bare methods”:
  • Menukar penebat ‘v string’ menara 500kV
  • Menukar penebat menara tegangan 500kV
  • Menukar penebat menara tegangan 132/275kV
  • Menghilangkan kesan titik panas (repair hotspot) menara tegangan 500/275/132kV
2) Kaedah senggaraan hot stick (hot stick method)
  • Kaedah ini diguna pakai pada menara 275/132kV (menara gantungan sahaja).
  • Linesmen sentiasa berada di kawasan “ ground potential “( badan menara).
  • Kerja dilakukan dengan hanya menggunakan hot stick dan peralatan – peralatan lain mengikut kerja yang hendak dilakukan tanpa menyentuh conductor (Bonding to live conductor)
Antara kerja yang dilakukan dengan menggunakan kaedah hot stick:

  • Melakukan pemeriksaan puncak menara (tower top inpection)
  • Menukar palang kayu menara 275/132kV
  • melakukan ujian keata penebat pocerlin
  • Menukar penebat menara gantungan 132/275kV